Powered by Blogger.

Saturday, October 15, 2011

Tajwid dalam surah Yaseen

بسم الله الرحمن الرحيم

Selalunyekan, bile kite bace surah Yaseen, kite bace memang 'alert' dengan tajwid kite. Ade satu tajwid dalam ayat 52;

 
Ade nampak tak huruf 'sin' kecil dekat atas tu? Rasenye ramai orang tahu. Just nak ingatkan diri sendiri dengan orang lain jugak. Name tajwid  tu ialah 'saktah'. Kite ambik dari sumber 'internet';

Saktah menurut bahasa membawa erti berdiam.Menurut istilah Ilmu Tajwid saktah bermaksud: Menghentikan bacaan sekejap tanpa menukar nafas dengan kadar masa dua harakat dan menyambung kembali bacaan dengan nafas yang sama.

Sebahagian Ulama’ Qurra’ menjelaskan bahawa saktah adalah sejenis waqaf yang lemah lembut tanpa bertukar nafas. Tujuan bacaan saktah adalah untuk mengasingkan antara dua patah perkataan supaya tidak menimbulkan kesamaran kepada pengertian ayat-ayat tertentu.

Didalam al-Quran Rasm Uthmani terdapat tanda huruf sin kecil ( س ) terletak diatas huruf akhir pada beberapa kalimah untuk menunjukkan berlaku hukum saktah pada kalimah itu.
Bacaan saktah bagi riwayat Hafs dari Qiraat Imam ‘Asim menurut Toriq al-Syatibi terdapat pada empat tempat tanpa khilaf:
  
1)   Saktah di atas Alif pada kalimah عوجا (Surah al-Kahfi: 1)
2)   Saktah di atas Alif pada kalimah من مرقد نا (Surah Yasin: 52)
3)   Saktah di atas Nun pada kalimah وقيل من راق ( Surah al-Qiyamah: 27)
4)   Saktah di atas Lam pada kalimah بل ران ( Surah al-Mutaffifin: 14)

Dan harus bagi bacaan riwayat Hafs di atas ha’ pada kalimah ما ليه هلك (Surah al-Haqqah:28) dua wajah bacaan:
1)    Mengizharkannya serta saktah.
   2) Mengidghamkannya.

So, bile tengah bace ramai2, kite suke tengok orang bile bace ayat ni. Either diorang tarik nafas ke tak. Tapi mostly diorang 'macam' tarik nafas sebab kalau diorang tarik nafas, badan akan nampak naik sedikit.

Marilah kite bace surah ape2 pon dalam Al-Quran dengan tajwid yang betol. =) 

No comments:

Post a Comment

Quote

Quote

Quote